What a tale my thoughts could tell

This is Playground in My Mind. If you could read my thought, love, these are some of my words unspoken nor wandering. Just like an old time movie, to reminisce and not to drift away from life

Monday, July 29, 2013

Tentang Sedekah

Teman-teman, kalian pernah memberi sedekah, kan? Misalnya, sedekah kepada pengemis, fakir miskin atau tetangga yang membutuhkan. Memberikan sedekah ternyata ada adab-adabnya, lho…! Apa saja adab-adab tersebut? Yuk, kita pelajari!

1. Niat yang Ikhlas
Tujuan bersedekah ialah untuk mendapatkan pahala dari Allah dan meringankan beban saudara yang membutuhkan. Harta yang kita miliki sebenarnya adalah titipan dari Allah. Sebagian dari harta kita adalah hak para fakir miskin.

Jadi, bersedekah itu bukan untuk pamer kekayaan atau agar dikenal sebagai orang yang dermawan atau ingin dipuji manusia. Bersedekah tanpa niat yang ikhlas, tidak akan mendapatkan pahala dari Allah ta’ala.

2. Memberikan Harta yang Baik
Bersedekahlah dengan harta yang baik. Misalnya, jika kita memberikan makanan, berikanlah makanan yang masih enak, bukan makanan basi. Atau jika memberikan baju, berikanlah baju yang masih sering kita pakai, jangan yang sudah sobek atau rusak.

Seorang muslim akan mendapatkan kebajikan yang sempurna jika ia menginfakkan harta benda yang disukainya. Karenanya, jika bersedekah jangan memilih barang yang sudah jelek dan tidak kita sukai.
Dalam Al-Quran, Allah mencela orang yang menyedekahkan korma yang jelek.

“Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu menafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya.” (QS. Al-Baqarah: 267)

3. Merahasiakan Sedekah
Bersedekah tanpa diketahui orang lain akan menjaga keikhlasan kita. Karena kita akan terhindar dari rasa riya atau pamer. Meskipun sebenarnya tidak apa-apa jika sedekah kita diketahui orang lain. Allah ta’ala berfirman yang artinya,

“Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu.” (QS. Al-Baqarah: 271)

4. Tidak membicarakan harta yang kita sedekahkan.
Membicarakan harta yang telah disedekahkan adalah sifat orang bakhil. Padahal pemberinnya tersebut sebenarnya kecil di sisi Allah. Rasulullah melarang mengungkit-ungkit pemberian agar tidak menyakiti perasaan si penerima sedekah. Karena itu, perbuatan ini menghilangkan syukur dan pahala sedekah.

5. Bersedekah dengan harta yang halal
Allah adalah dzat yang maha baik dan hanya menerima amal perbuatan yang baik. Karenanya, sedekah yang diterima adalah sedekah harta dari hasil usaha yang halal, bukan dari harta yang haram. Harta yang haram misalnya, hasil pencurian dan riba.

Rasulullah shalallahu alaihi wa salam pernah bersabda: “Tidak akan diterima shalat tanpa thaharah (bersuci), dan tidak akan diterima pula sedekah dari harta curian (ghulul).” (HR Muslim)



1.       Kelebihan Memberikan Hadiah Dan Sedekah
Allah S.W.T. akan memberikan kelebihan kepada orang yang memberikan hadiah dan sedekah.
Antara kelebihan orang yang memberikan hadiah dan sedekah ialah:
·         mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T.: Allah S.W.T. mengetahui setiap sesuatu yang dibelanjakan oleh hamba-Nya dan Dia akan membalas  setiap kebajikan yang dilakukannya.
·         disukai oleh manusia: Orang yang suka bersedekah dan memberikan hadiah akan disukai oleh manusia kerana mereka membantu dalam menyelesaikan kesusahan orang lain.
·         rezeki akan bertambah: Allah S.W.T. berjanji akan menggantikan harta yang telah kita keluarkan pada jalan-Nya dengan kebaikan.

2.       Jenis-Jenis Sedekah
·         Senyuman
Senyuman yang ikhlas yang diberikan untuk orang lain merupakan sedekah. Dengan senyuman, kita dapat merapatkan ukhuwah dan kasih sayang serta menggembirakan hati orang lain.
·         Amar makruf dan nahi mungkar
Berpesan-pesan dengan kebaikan dan mencegah berlakunya kemungkaran merupakan satu sedekah. Keadaan ini boleh diertikan sebagai menyelamatkan rakan kita daripada azab neraka.
·         Menyelesaikan masalah orang lain
Dalam hadis Rasulullah S.A.W. ada menyatakan bahawa menunjukkan jalan kepada orang yang sesat merupakan sedekah. Sekiranya kita menyelesaikan kesusahan dan melepaskan saudara kita daripada kesempitan maka perbuatan kita itu dikira sebagai sedekah.            
·         Membuang perkara yang menghalang di jalan
Membuang benda-benda yang berbahaya dan menghalang serta mengganggu perjalanan seperti duri, kaca, kayu, dan sebagainyajuga merupakan sedekah.   
·         Wang atau harta benda
Kita menghulurkan sedekah atau harta benda lain seperti pakaian, makanan, tempat tinggal, aan tanah tempat kediaman juga merupakan sedekah.       
·         Memberikan khidmat           
Sedekah juga dapat dilakukan dengan menolong orang yang memerlukan pertolongan denganmemberikan bantuan tenaga atau perkhidmatan.        

3.       Adab-Adab Memberikan Hadiah Dan Sedekah
·         Untuk mendapat ganjaran yang tinggi di sisi Allah S.W.T. dalam sedekah, kita seharusnya melihat kepada adab-adab yang harus dilakukan semasa bersedekah atau memberikan hadiah.
·         Adab-adab memberikan hadiah dan sedekah antaranya ialah:
§       ikhlas:
Pemberian sedekah dan hadiah hendaklah dilakukan dengan ikhlas kerana Allah S.W.T. tanpa mengharapkan balasan daripada makhluk dalam bentuk pujian mahupun wang ringgit.
§       memberikan barangan yang disayangi
Untuk mendapat ganjaran besar terhadap apa yang kita sedekahkan, kita hendaklah memberikan barang yang kita sayangi.
§       tidak mengungkit barang yang telah kita berikan.
Sekiranya kita mengungkit barang yang telah kita keluarkan, akan terhapuslah ganjaran pahala yang kita perolehi.

No comments:

Post a Comment